MAKLUMAT UMUM PERKIM

         
Pengenalan Organisasi Cogan Kata Objektif Pentadbiran Penaung/Penasihat

 

PENGENALAN      
       
  PERKIM ditubuhkan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman  Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada tahun 1964.    
       
  PERKIM ialah singkatan daripada nama penuh “Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia” atau dalam Bahasa Inggeris “Muslim Welfare Organisation Malaysia”.    
       
ORGANISASI      
       
  Pertubuhan ini terdiri daripada :    
    PERKIM Pusat           -        Kebangsaan    
    PERKIM Bahagian      -        Negeri    
    PERKIM Cawangan    -        Kawasan    
       
  PERKIM Kebangsaan mempunyai 13 Bahagian (negeri) iaitu 12 negeri di Semenanjung dan satu di Sarawak ( wanita sahaja ).    
       
  PERKIM Kebangsaan juga di sertai oleh empat badan gabungan iaitu :    
    MACMA                  -      Persatuan Cina Muslim Malaysia    
    HIKMAH                 -      Harakah Islamiah Sarawak    
    USIA                      -      Pertubuhan Islam Seluruh Sabah    
    DARUL FITRAH       -      Persatuan Saudara Islam Malaysia    
       
COGAN KATA   atas  
  ISLAM ITU BERSAUDARA    
       
OBJEKTIF   atas  
   Dakwah    
    Menjalankan dakwah Islamiah kepada orang-orang Islam dan yang bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.    
         
 

Pelajaran/Pendidikan

     
    Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran dan pendidikan agama Islam menerusi segala media dan dengan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.    
         
  Kebajikan      
    Menjalankan semua kerja-kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa atau dermasiswa kepada yang berkelayakan dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.    
         
  Kerjasama      
    Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam lain demi kemajuan agama Islam.    
         
  Lain-lain :      
    Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Agama Islam.    
       
PENTADBIRAN / PENGURUSAN   atas  
  Pentadbiran dan Pengurusan PERKIM dikendalikan melalui Jawatankuasa yang dipilih dan di lantik di setiap peringkat :    
       
PENAUNG DAN PENASIHAT   atas  
  Sungguhpun Penaung dan Penasihat tiada terdapat dalam Perlembagaan, namun telah menjadi tradisi dan amalan Penaung dan Penasihat telah diwujudkan oleh PERKIM Kebangsaan dan negeri-negeri.    
       
  Penaung dan Penasihat diwujudkan untuk menjadi simbol sokongan, perpaduan dan sokongan semangat khasnya kepada ahli dan penyokong PERKIM.